Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Asal usul Padang Meha adalah diambil sempena nama Tok Meha. Dulunya, Padang Meha adalah merupakan Kampung yang hanya mempunyai 4 sehingga 6 biji rumah sahaja. Kini, kampung ini terdapat lebih kurang 150 biji buah rumah. Majoriti penduduk di kampung ini adalah melayu. Penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah 500 orang. Kini, berdekatan kampung ini terdapat kawasan perumahan iaitu taman Taman Desa Aman. Manakala Taman Desaku adalah didalam proses untuk dibangunkan.

Selain itu, Padang Meha juga mempunyai banyak kawasan pertanian seperti tanaman nenas dan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bendi, cili dan lain-lain. Padang Meha dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, stesen petrol, klinik desa, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN BERSAMA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2023

Memupuk semangat patriotisme kepada murid-murid sejak mereka kecil supaya mereka sentiasa mengingati tarikh yang bersejarah itu.................baca selanjutnya

KELAS MICROBIT

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2023

Memperkenalkan dunia robotik kepada para pelajar supaya minda mereka lebih terbuka kepada teknologi terbaru................baca selanjutnya

KELAS ASAS TIKTOK

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2023

Membantu para usahawan meluaskan perniagaan mereka ke dalam platform dalam talian iaitu TikTok...............baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEREKA KAD DIGITAL SEMPENA HARI GURU

Aktiviti Terkini | 16 Mei 2023

Memberi kesedaran kepada para pelajar supaya mengingati hari yang bermakna untuk para guru setiap tahun serta lebih menghargai jasa guru mereka di sekolah..............baca selanjutnya

CARA MEMBUAT POSTER MENGGUNAKAN CANVA

Aktiviti Terkini | 15 April 2023

Membantu usahawan membuat poster produk jualan mereka menggunakan Canva supaya lebih menarik.............baca selanjutnya

TEKNIK MENGISI MAKLUMAT SUMBER DATA SIMPENI BERSAMA GURU KAFA

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2023

Membantu para guru KAFA mengisi maklumat pelajar KAFA dengan lebih teratur dan sistematik............baca selanjutnya

KELAS ASAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2023

Membantu para usahawan dalam mendigitalkan perniagaan mereka di dalam platform Shopee............baca selanjutnya

TEMUDUGA TERBUKA BERSAMA AGENSI PEKERJAAN EMA (PAKAR PENGELUARAN)

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023

Membuka peluang kepada orang ramai yang sedang mencari pekerjaan untuk datang ke temuduga terbuka yang diadakan di PEDi RP Kelang Lama...........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya