TEKNIK MENGISI MAKLUMAT SUMBER DATA SIMPENI BERSAMA GURU KAFA

Aktiviti terkini | 22 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Serai

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Padang Meha telah bekerjasama dengan PEDi Padang Serai dalam mengajar teknik mengisi maklumat pelajar KAFA kepada para guru KAFA ke dalam sistem SIMPENI menggunakan maklumat sedia ada.

Tujuan :
• Membantu para guru KAFA mengisi maklumat pelajar KAFA dengan lebih teratur dan sistematik.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Mengajar cara log masuk ke dalam sistem SIMPENI.
• Mengisi maklumat pelajar mengikut kelas ke dalam sistem menggunakan data yang ada.

Kelebihan Aktiviti :
• Maklumat para pelajar diisi dengan mudah apabila mereka tahu cara menggunakan sistem tersebut.
• Para guru KAFA dapat menyiapkan tugasan mereka dengan lebih pantas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :