INFORMASI TEMPATAN
Melayu (Majoriti)
India (Sederhana)
Cina (Sedikit)
Purata Umur Penduduk Di Sini :
- Warga Emas : Sedikit
- Dewasa / Belia : Tinggi
- Kanak- Kanak : Tinggi
Purata Pekerjaan :
- Bekerja Sendiri
- Sektor Swasta
- Sektor Kerajaan
Tempat Makan Yang Menarik
Hutan Lipur Sungai Sedim
Hutan Lipur Ulu Paip
Hutan Lipur Bukit Hijau
Balai Polis Sungai Karangan |
Masjid Sungai Karangan |
Klinik Desa Sungai Karangan |
SJK (Tamil) Ladang Bukit Selarong |
Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong |
SJK (Tamil) Ladang Padang Meiha |
SJK (Cina) Hua Min |
Muhammad Amirul Aliff Mohamad
Celik IT
Umur:
14 tahun
Keahlian PIK:
September 2016
Bentuk Celik It:
Penggunaan Aplisaki Pintar
Kisah Kejayaan:
Latar belakang:
Amirul kurang mendapat pendedahan dalam pengunaan aplikasi komputer. Tambahan pula, dilahirkan dalam keluarga berpendapatan rendah dimana Amirul tidak mempunyai komputer sendiri di rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Kurang mahir dalam pengunaan Ms. Office dan aplikasi E Learning untuk persediaan peperiksaan serta lambat menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas asas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Pdg Meha, Amirul kini telah semakin mahir dengan Ms Office dan lebih cekap dan pantas untuk menaip.
Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus PI banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.
Hasil dari bantuan PI, gaya hidup saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada.
Tidak lupa juga, peningkatan dari segi teknik lukisan yang telah saya pelajari dari internet.
Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih Padang Meha sebagai salah satu cawangan PI yang tercinta ini.
- Mempelajari dan memahirkan Ms. Office (Word, Excel dan Powerpoint).
- Mempelajari penggunaan aplikasi E- Learning untuk mengulangkaji pelajaran untuk persediaan peperiksaan.
Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhammad Amirul Aliff Mohamad:
Mohamad Azri bin Mohamad Khair
Keusahawanan
Umur:
18 Tahun
Email:
azri2803@gmail.com
Whatsapp:
+6014-249 5784
Keahlian PEDi:
Februari 2017
Bentuk Perniagaan:
Jurujual pakaian online di Facebook.
Kisah Kejayaan:
Latar Belakang:
Azri adalah pelajar lepasan SPM yang baru mula berjinak-jinak dalam perniagaan kecil. Azri seringkali datang ke
Pusat Internet sebelum habis belajar sebelum ini untuk membuat kerja kursus. Dan melalui itu, dia mengetahui bahawa di Pusat
Internet ini ada membuat kelas untuk yang ingin mula belajar dalam perniagaan. Oleh itu, setelah habis belajar, Azri datang ke PI
Padang Meha untuk belajar membuat iklan dan pemasaran melalui media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Hanya bekerja makan gaji. Membantu saudara menjual air di depan taman.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Padang Meha, beliau kini telah mula
menggunakan personal facebook dan membuat page facebook untuk membuat pendapatan tambahan. Dia kini menjadi ejen menjual beg tangan
dan aksesori. Selain itu, dengan adanya pusat internet ini, beliau dapat mempelajari asas ICT.
Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Mempelajari dan memahirkan Ms. Office (Word, Excel dan Powerpoint).
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB page.
Maklumbalas:
PI banyak membantu memberi pendedahan ICT kepada komuniti setempat. Oleh itu menggalakkan komuniti mahir serta cekap dalam penggunaan ICT. Program bersama komuniti juga
merapatkan hubungan silaturahim staf PI bersama komuniti setempat.
Berikut adalah gambar-gambar mengenai Mohamad Azri bin Mohamad Khair:
Promosi di Media Sosial
Nurul Hamira bt Ab Rahim
Keusahawanan
Umur:
32 Tahun
Email:
nurulhamira308@gmail.com
Whatsapp:
+6011-242 87186
Keahlian PEDi:
Oktober 2017
Bentuk Perniagaan:
Perniagaan Laksa
Kisah Kejayaan:
Latar Belakang:
Pn Hamira adalah seorang suri rumah dan melalukan perniagaan laksa di pasar malam sejak dari tahun 2010.
Beliau selalu mengambil tempahan untuk jamuan dan juga catering. Bagaimanapun, sebelum mengikuti latihan kelas di Pusat Internet,
beliau hanya menjual laksa sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau hanya menjual laksa di pasar malam. Tidak menggunakan cara media lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Padang Meha, beliau kini telah
mula menggunakan personal facebook untuk membuat pendapatan tambahan. Dia kini menjadi ejen menjual susu kambing.
Selain itu, dengan adanya pusat internet ini, beliau dapat mempelajari asas ICT.
Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Mempelajari dan memahirkan Ms. Office (Word, Excel dan Powerpoint).
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB page.
Maklumbalas:
PI1M akan membantu setiap kali Pn Hamira datang untuk menggunakan komputer.
Berikut adalah gambar-gambar mengenai Nurul Hamira bt Ab Rahim: