PERTANDINGAN MEREKA KAD DIGITAL SEMPENA HARI GURU

Aktiviti terkini | 16 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sungai Pial

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Padang Meha telah bekerjasama dengan PEDi Sungai Pial dalam mengadakan pertandingan mereka kad digital sempena hari guru.

Tujuan :
• Memberi kesedaran kepada para pelajar supaya mengingati hari yang bermakna untuk para guru setiap tahun serta lebih menghargai jasa guru mereka di sekolah.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pertandingan mereka kad digital yang bertemakan hari guru menggunakan aplikasi Sketchbook.
• Pertandingan speed typing berkaitan buli siber menggunakan Microsoft Word.


Kelebihan Aktiviti :
• Melalui program yang dijalankan, para peserta telah menunjukkan bakat dalam melukis dan menghias kad digital mereka.
• Para pelajar yang menyertai program ini juga lebih menghargai guru-guru yang telah mengajar mereka selama ini.
• Melalui aktiviti speed typing, para peserta secara tidak langsung telah membaca artikel berkaitan buli siber dan akan lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang komen di media sosial pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :