Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Asal usul Padang Meha adalah diambil sempena nama Tok Meha. Dulunya, Padang Meha adalah merupakan Kampung yang hanya mempunyai 4 sehingga 6 biji rumah sahaja. Kini, kampung ini terdapat lebih kurang 150 biji buah rumah. Majoriti penduduk di kampung ini adalah melayu. Penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah 500 orang. Kini, berdekatan kampung ini terdapat kawasan perumahan iaitu taman Taman Desa Aman. Manakala Taman Desaku adalah didalam proses untuk dibangunkan.
Selain itu, Padang Meha juga mempunyai banyak kawasan pertanian seperti tanaman nenas dan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bendi, cili dan lain-lain. Padang Meha dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, stesen petrol, klinik desa, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020KEPENTINGAN PERKESO & CARA MEMBUAT TUNTUTAN PERKESO
Aktiviti Terkini | 19 DISEMBER 2020Memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai hak pekerja sebagai pencarum yang layak mendapat pampasan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja....baca selanjutnya
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 13 DISEMBER 2020Memberi pengetahuan mengenai sejarah penciptaan komputer kepada orang ramai umumnya, serta kepada generasi muda khasnya....baca selanjutnya
PENGENALAN TENTANG BANK & KESELAMATAN PERBANKAN ATAS TALIAN
Aktiviti Terkini | 6 DISEMBER 2020Memberi pendedahan kepada orang ramai yang masih keliru mengenai jenis dan fungsi bank yang terdapat di Malaysia....baca selanjutnya
TEMUDUGA: APA TIPS DAN PERSIAPAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
Aktiviti Terkini | 29 November 2020Membantu calon yang mendapat jemputan temuduga untuk membuat persediaan yang sewajarnya. ...baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 22 November 2020Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya apabila terlebih kongsi di internet....baca selanjutnya
MICROBIT FUTURE SKILL FOR ALL
Aktiviti Terkini | 22 - 23 Oktober 2020Pengenalan terhadap microbit serta melakukan coding mudah menggunakan aplikasi makecode yang tersedia....baca selanjutnya
PROGRAM DIGITAL SOCIETY
Aktiviti Terkini |22 - 27 September 2020Menyemarakkan semangat patriotisme serta meningkatkan kreativiti masyarakat dalam menggunakan teknologi untuk menyertai pertandingan yang diadakan.....baca selanjutnya
MALAYSIA ICT VOLUNTEER BERSAMA KOMUNITI 2020 SECARA LIVE
Aktiviti Terkini | 5 September 2020Membentuk masyarakat yang peka terhadap isu-isu semasa serta tidak mudah untuk menularkan sesuatu info yang diragui sumbernya....baca selanjutnya
MALAYSIA 1ST LIVE SAFETY TRAINING - FIRE PREVENTION (ZOOM APPS)
Aktiviti Terkini | 7 Ogos 2020Meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan mengamalkan langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran di Pusat Internet....baca selanjutnya
DIGITAL LITERASI BERSAMA KLUSTER KULIM
Aktiviti Terkini | 10 Julai 2020Memberi pendedahan mengenai bahaya pandemik COVID-19 serta mendekatkan masyarakat dengan platform dalam talian menerusi program yang dijalankan....baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.....baca selanjutnya
KELAS MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 14 Mac 2020Menambah pengetahuan pelajar mengenai Microsoft Word yang boleh digunakan dalam kerja kursus....baca selanjutnya
KELAS ICT
Aktiviti Terkini | 22 Februari 2020Menambah pengetahuan pelajar mengenai “Klik Dengan Bijak”....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 10 Jan 2020Mendedahkan kanak-kanak dan remaja berkaitan Klik Dengan Bijak....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya