TEMUDUGA TERBUKA BERSAMA AGENSI PEKERJAAN EMA (PAKAR PENGELUARAN)

Aktiviti terkini | 14 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi RP KELANG LAMA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi RP Kelang Lama telah menganjurkan temuduga terbuka bersama Agensi Pekerjaan EMA untuk jawatan Pakar Pengeluaran di Entegris (M) Sdn. Bhd.

Tujuan :
• Membuka peluang kepada orang ramai yang sedang mencari pekerjaan untuk datang ke temuduga terbuka yang diadakan di PEDi RP Kelang Lama.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Membantu calon yang hadir mengisi borang permohonan pekerjaan yang disediakan oleh pihak agensi dan memberikan nombor giliran kepada mereka.
• Memberikan taklimat ringkas mengenai jawatan yang dipohon.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menghadiri temuduga terbuka tersebut.
• Kebanyakan calon yang hadir adalah terdiri dari lepasan SPM yang sedang mencari pekerjaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :