Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Asal usul Padang Meha adalah diambil sempena nama Tok Meha. Dulunya, Padang Meha adalah merupakan Kampung yang hanya mempunyai 4 sehingga 6 biji rumah sahaja. Kini, kampung ini terdapat lebih kurang 150 biji buah rumah. Majoriti penduduk di kampung ini adalah melayu. Penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah 500 orang. Kini, berdekatan kampung ini terdapat kawasan perumahan iaitu taman Taman Desa Aman. Manakala Taman Desaku adalah didalam proses untuk dibangunkan.

Selain itu, Padang Meha juga mempunyai banyak kawasan pertanian seperti tanaman nenas dan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bendi, cili dan lain-lain. Padang Meha dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, stesen petrol, klinik desa, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


PERSEDIAAN SEWAKTU MUSIM BANJIR

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2021

Memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai persediaan yang boleh dilakukan sewaktu musim banjir bagi mengelakkan perkara yang tidak diigini berlaku.............baca selanjutnya

BICARA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI BERSAMA PEDI PADANG SERAI (PART 1 & 2)

Aktiviti Terkini | 12 & 14 November 2021

Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga data peribadi serta kesan sekiranya berkongsi data peribadi kepada umum............baca selanjutnya

PERBEZAAN RESUME & CV: TUTORIAL HASILKAN RESUME & CV

Aktiviti Terkini | 26 & 28 Oktober 2021

Kebanyakan para pencari kerja akan menyangkakan resume dan CV yang diminta oleh bakal majikan ...........baca selanjutnya

ZAMAN PENJAJAHAN TANAH MELAYU PART 3 SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 3 & 15 September 2021

Perkongsian mengenai Zaman Penjajahan Tanah Melayu dan Pembentukan Malaysia ini adalah bertepatan dengan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun. Justeru, perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai peristiwa penting yang terjadi sebelum Malaysia dibentuk...........baca selanjutnya

ZAMAN PENJAJAHAN TANAH MELAYU PART 1 & 2

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2021

Perkongsian mengenai Zaman Penjajahan Tanah Melayu ini adalah bertepatan dengan bulan Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan. Justeru, perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat. ...........baca selanjutnya

MICROSOFT EXCEL FOR BEGINNER (PART1, PART2 & PART3)

Aktiviti Terkini | 5,10,17 Julai 2021

Membantu memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai asas menggunakan Microsoft Excel kerana sering dianggap sukar, serta dapat membantu para pelajar meluaskan penggunaan dalam Microsoft Excel...........baca selanjutnya

MICROSOFT POWER POINT FOR BEGINNER (PART 1&2)

Aktiviti Terkini | 28 Jun 2021

Orang ramai khususnya para pelajar dapat mempelajari asas menggunakan Microsoft Power Point yang boleh digunakan bagi pembentangan di sekolah..........baca selanjutnya

KDB: KESELAMATAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 14 Mei - 6 Jun 2021

Memperkenalkan Pusat Internet Komuniti serta fungsinya kepada lebih ramai orang, disamping dapat mengeratkan hubungan bersama masyarakat menerusi aktiviti yang dijalankan........baca selanjutnya

KDB: KESELAMATAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 24 April 2021

Memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai jenis jenayah yang terdapat di alam siber, jenis virus yang menyerang perisian komputer serta langkah mengatasi pencerobohan komputer.......baca selanjutnya

KELAS ONLINE TIKTOK (TUTORIAL VIDEO EDITING)

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2021

Memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai pemasaran produk melalui aplikasi TIKTOK dan cara mengedit video menggunakan aplikasi tersebut......baca selanjutnya

PENGAWALSELIAAN DI ALAM SIBER

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2021

Memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kepentingan mengawal selia kendiri ketika menggunakan media sosial atau internet.....baca selanjutnya

PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN

Aktiviti Terkini | 10 JANUARI 2021

Memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai hak pekerja sebagai pencarum yang layak mendapat pampasan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya