PERBEZAAN RESUME & CV: TUTORIAL HASILKAN RESUME & CV

Aktiviti terkini | 26 & 28 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
PUSAT INTERNET KOMUNITI PADANG MEHA

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Padang Meha mengenai perbezaan resume dan curricular vitae (CV) serta cara hasilkan resume dan CV yang menarik.


Tujuan :
• Kebanyakan para pencari kerja akan menyangkakan resume dan CV yang diminta oleh bakal majikan ketika ke temuduga adalah perkara yang sama. Oleh itu, perkongsian ini dapat membantu para pencari kerja membezakan antara resume dan CV serta cara menghasilkannya dengan cara yang lebih menarik.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Perkongsian mengenai beberapa laman sesawang yang menyediakan templat percuma bagi kemudahan para pencari kerja membuat resume dan CV.
• Menunjukkan contoh resume dan CV terbaik yang boleh dijadikan panduan.


Kelebihan Aktiviti :
• Para pencari kerja akan dapat membezakan kehendak bakal majikan sekiranya diminta membawa resume atau CV ketika menghadiri temuduga.
• Para pencari kerja dapat mengelakkan diri dari meletakkan info-info yang tidak diperlukan serta menjadikan resume atau CV mereka lebih berkualiti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :