PBICARA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI BERSAMA PEDI PADANG SERAI (PART 1 & 2)

Aktiviti terkini | 12 & 14 November 2021

Tempat Aktiviti:
PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA PADANG MEHA

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian bersama PEDi Padang Serai ini disiarkan secara langsung melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Padang Meha mengenai perlindungan data peribadi.


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga data peribadi serta kesan sekiranya berkongsi data peribadi kepada umum.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pengenalan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi iaitu Akta 709.
• Ketahui prinsip-prinsip perlindungan data peribadi.
• Kenali jenis-jenis kejuruteraan sosial serta saluran aduan sekiranya menjadi mangsa.


Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu maklumat.
• Waspada terhadap sebarang mesej, emel, atau panggilan telefon yang mencurigakan.
• Pengetahuan yang diperoleh dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :