PERSEDIAAN SEWAKTU MUSIM BANJIR

Aktiviti terkini | 24 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
FACEBOOK LIVE: PEDi PADANG MEHA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Padang Meha membuat perkongsian mengenai persediaan yang perlu dilakukan sewaktu musim banjir.


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai persediaan yang boleh dilakukan sewaktu musim banjir bagi mengelakkan perkara yang tidak diigini berlaku.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Berkongsi mengenai apa yang perlu dilakukan sebelum banjir berlaku serta aplikasi yang boleh digunakan bagi melihat ramalan cuaca supaya dapat membuat persediaan menghadapi banjir.
• Berkongsi mengenai apa yang perlu dilakukan ketika banjir berlaku sama ada ketika berada di dalam rumah atau di luar rumah.
• Berkongsi mengenai risiko yang mungkin terjadi selepas banjir contohnya kehadiran haiwan berbisa, penyakit, kerosakan rumah dan sebagainya.


Kelebihan Aktiviti :
• Orang ramai kini mengetahui cara menggunakan aplikasi MyCuaca bagi melihat ramalan cuaca seterusnya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
• Persediaan awal menghadapi banjir boleh menyelamatkan nyawa ahli keluarga, dokumen penting serta barangan berharga.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :