KELAS MICROBIT

Aktiviti terkini | 15 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Padang Serai

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Padang Meha telah bekerjasama dengan PEDi Sungai Pial dalam mengadakan kelas asas Microbit kepada para pelajar sekolah.

Tujuan :
• Memperkenalkan dunia robotik kepada para pelajar supaya minda mereka lebih terbuka kepada teknologi terbaru.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Para pelajar telah diajar mengenai Microbit mengikut silibus yang telah disediakan.
• Setiap pelajar yang hadir diberi satu Microbit supaya mereka dapat mencuba apa yang telah dipelajari.
• Mereka diminta untuk membuat pengaturcaraan yang mudah mengikut kreativiti masing-masing.
• Mengadakan kuiz selepas tamat pembelajaran bagi menguji kefahaman mereka.


Kelebihan Aktiviti :
• Mendapat pengetahuan baru berkaitan pengaturcaraan robotik.
• Pembelajaran berkaitan robotik menjadi sesuatu yang menyeronokkan apabila mereka diberi peluang mencuba sendiri.
• Menanam minat para pelajar terhadap bidang robotik seawal usia masih muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :