KELAS ASAS SHOPEE

Aktiviti terkini | 11 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi SUNGAI PIAL

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Padang Meha telah bekerjasama dengan PEDi Sungai Pial dalam mengadakan kelas asas Shopee.

Tujuan :
• Membantu para usahawan dalam mendigitalkan perniagaan mereka di dalam platform Shopee.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Mengajar usahawan cara membuka akaun perniagaan di Shopee.
• Membantu usahawan untuk set up kedai mereka di Shopee seperti memasukkan gambar produk, dan meletakkan penerangan untuk setiap produk.
• Usahawan diminta untuk terus membuka akaun Shopee semasa kelas berlangsung agar mereka lebih memahami apa yang telah dipelajari.

Kelebihan Aktiviti :
• Usahawan dapat mengembangkan perniagaan mereka di platform digital.
• Penerangan yang mudah serta ringkas dapat membantu usahawan memahami langkah-langkah untuk memulakan perniagaan di Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :