Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Asal usul Padang Meha adalah diambil sempena nama Tok Meha. Dulunya, Padang Meha adalah merupakan Kampung yang hanya mempunyai 4 sehingga 6 biji rumah sahaja. Kini, kampung ini terdapat lebih kurang 150 biji buah rumah. Majoriti penduduk di kampung ini adalah melayu. Penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah 500 orang. Kini, berdekatan kampung ini terdapat kawasan perumahan iaitu taman Taman Desa Aman. Manakala Taman Desaku adalah didalam proses untuk dibangunkan.
Selain itu, Padang Meha juga mempunyai banyak kawasan pertanian seperti tanaman nenas dan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bendi, cili dan lain-lain. Padang Meha dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sekolah, masjid, stesen petrol, klinik desa, kedai makan, kedai runcit dan lain-lain kemudahan.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023KELAS ICT MENGGUNAKAN TABLET
Aktiviti Terkini | 16 Disember 2022Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari ICT menggunakan tablet yang terdapat di PEDi Padang Meha..........baca selanjutnya
KURSUS SHOPEE @PUPUK
Aktiviti Terkini | 13 November 2022Membantu komuniti setempat mengembangkan perniagaan melalui platform e-dagang khususnya Shopee..........baca selanjutnya
KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2022Memberi pendedahan mengenai kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar pelanggan tidak mendapat sebarang penyakit akibat cara pengendalian makanan yang tidak bersih.........baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA TEKUN NASIONAL
Aktiviti Terkini | 9 September 2022Membantu murid menggunakan Microsoft Word supaya mereka dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dengan mudah.........baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA TEKUN NASIONAL
Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2022Memberi maklumat dan cara memohon skim perbiayaan yang ditawarkan oleh pihak TEKUN NASIONAL kepada usahawan yang menjalan perniagaan micro.............baca selanjutnya
CHECK YOUR LABEL
Aktiviti Terkini | 23 Julai 2022Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan menyemak peranti sebelum membuat pembelian..............baca selanjutnya
MOBILE E-WASTE
Aktiviti Terkini | 26 Jun 2022Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan mengitar semula e-sisa mudah alih.............baca selanjutnya
HAND, FOOT AND MOUTH DISEASE (HFMD)
Aktiviti Terkini | 28 Mei 2022Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit HFMD dan apakah yang perlu dilakukan sekiranya anak dijangkiti penyakit tersebut............baca selanjutnya
KDB: PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Aktiviti Terkini | 24 April 2022Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai apakah endemik dan SOP terbaharu yang dikeluarkan oleh kerajaan...........baca selanjutnya
FASA ENDEMIK COVID-19
Aktiviti Terkini | 18 Mac 2022Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai apakah endemik dan SOP terbaharu yang dikeluarkan oleh kerajaan...........baca selanjutnya
KDB: BELI BELAH DALAM TALIAN
Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022Memberi pendedahan kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati ketika melakukan sebarang pembelian secara dalam talian............baca selanjutnya
KDB: PERMAINAN DALAM TALIAN
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2022Memberi pendedahan kepada masyarakat supaya sentiasa memantau anak-anak ketika mereka bermain permainan dalam talian............baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya