KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
Aktiviti terkini | 8 Oktober 2022Tempat Aktiviti:
PEDi PADANG MEHA
Ringkasan Aktiviti :
PEDi Padang Meha bersama NZ Bunga Training & Consultant telah mengadakan Kursus Latihan Pengendalian Makanan secara atas talian.
Tujuan :
• Memberi pendedahan mengenai kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar pelanggan tidak mendapat sebarang penyakit akibat cara pengendalian makanan yang tidak bersih.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta diajar cara pengendalian makanan yang betul.
• Peserta ditunjukkan kaedah penyimpanan makanan supaya tidak terdedah kepada kuman.
• Tatacara pemakaian pengendali makanan serta kepentingan menjaga kebersihan diri.
Kelebihan Aktiviti :
• Para peserta dapat mempraktikkan pengetahuan yang diperoleh melalui kursus ini ke dalam perniagaan makanan mereka.
• Makanan yang dihasilkan lebih terjamin kebersihannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :