KDB: PERMAINAN DALAM TALIAN

Aktiviti terkini | 22 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
FACEBOOK LIVE: PEDi PADANG MEHA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Padang Meha membuat perkongsian mengenai permainan dalam talian


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada masyarakat supaya sentiasa memantau anak-anak ketika mereka bermain permainan dalam talian


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Berkongsi mengenai apa yang ibu bapa perlu lakukan bagi mengelakkan anak-anak menghabiskan masa bermain permainan dalam talian.
• Ibu bapa perlu membimbing anak-anak sekiranya mereka ingin melakukan apa-apa pembelian di dalam permainan tersebut.
• Berkongsi mengenai risiko yang mungkin di hadapi oleh anak-anak ketika bermain permainan di dalam talian contohnya seperti buli siber, pengantunan seksual dan sebagainya.


Kelebihan Aktiviti :
• Masyarakat khususnya ibu bapa mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya anak mereka gemar bermain permainan dalam talian.
• Ibu bapa akan cuba memahami permainan yang dimainkan oleh anak-anak supaya dapat mengelakkan pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :