Gotong-Royong Menghias PI1M Padang Meha

Tarikh : 30 September 2016

Hari : Jumaat

Objektif program :

• Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim serta ukhuwah diantara staff dan penduduk setempat di kawasan Padang Meha. Dalam pada itu, dengan adanya aktiviti ini, pusat internet ini dapat menarik penduduk setempat untuk datang kesini. Disamping itu, pusat internet ini akan lebih ceria dan meriah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :

• Aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh pengurus Pengurus Pusat Internet Padang Meha, Nur Hafiza binti Bashiron. Kemudian peserta diajar untuk membuat origami belon udara untuk digantung di pusat internet ini. Peserta juga diajar pelbagai jenis origami lain untuk tujuan hiasan pusat internet. Selain itu, peserta juga menglibatkan diri untuk mencuci kawasan pusat internet ini. Diakhir aktiviti, peserta dijamu dengan makanan ringan.

Kebaikan/Kelebihan aktiviti :

• Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim diantara staff dan penduduk setempat serta untuk mencantikkan pusat internet ini untuk tujuan menarik penduduk setempat datang ke pusat ini.
• Program ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk datang ke PI1M Padang Meha.