PERTANDINGAN LUKISAN KREATIF

Tarikh : 26 November 2016

Hari : Sabtu

Tujuan :

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menonjolkan bakat kanak-kanak supaya lebih kreatif dalam melukis dan mewarna. Selain itu kanak-kanak dapat memahirkan diri kanak-kanak untuk melukis menggunakan Microsoft Paint. Tambahan lagi, pertandingan ini merupakan satu langkah untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang seni.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta.Kemudian, taklimat ringkas untuk program yang diberikan oleh pengurus Pusat Internet 1Malaysia Padang Meha, Nur Hafiza binti Bashiron. Terdapat 2 kategori pertandingan iaitu untuk sekolah menengah dan rendah.Peserta dikehendaki melukis menggunakan aplikasi Microsoft Paint mengikut tema yang diberikan. Hadiah diberikan kepada para pemenang diakhir program.

Pemenang bagi kategori sekolah menengah:
1. Muhammad Nor Hakim bin Anuar Zaini
2. Mohammad Yusuf bin Mustafa
3. Mohd Aiman Zulhilmi bin Mohd Rizal
4. Mohd Azhim Danial bin Mohd Nizam
5. Muhammad Khalit bin Hamdan

Pemenang bagi kategori sekolah rendah:
1. Mohd Nor Naim bin Anuar Zaini
2. Mohammad Sharul Adha bin Abdul Aziz
3. Nur Adam Haris bin Norazli
4. Mohammad Zulhilmi bin Khairul Khana
5. Ammar Hazmi b Mohd Rizal

Kebaikan/Kelebihan aktiviti :

1. Pertandingan ini dapat menonjolkan bakat kanak-kanak supaya lebih kreatif dalam melukis dan mewarna.
2. Program ini juga dapat memahirkan diri kanak-kanak untuk melukis menggunakan Microsoft Paint.
3. Pertandingan ini juga merupakan satu langkah untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam bidang seni.
4. Program ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk datang ke PI1M Padang Meha.